Wednesday 1 June 2011

Relax day :)

                                                               
                                                               thank you shai for teaching  :)



Salam. Hari ini aku happy . HAHA sebabnya hari ni class satu hari takda , pagi tadi aku punya beriya nak pergi class la konon kan, then tup-tup hati tergerak nak call kawan-kawan aku. Yela selalu setiap hari diorang akan call aku nak pergi class, pagi ni sorang pun takda call inform apa-apa. Iya-iyalah aku bersiap nak pergi class kan, then call la Ruby ,rupa-rupanya semua  dok berdengkur tidur lagi semua. Baguihhhh ! Tambah-tambah hujan lagi memang cun la kan tidur. Hahaha Konon la korang kan beriya-iya nak pergi tup-tup semua pkat dok tidoq . Hahaha adoayii :D  Yang bestnya satu class tak pergi pagi tadi. memang terbaik ! Hahaha Aku suka wey nak hari-hari macam ni lahh boleh ? :D Hari ni banyak menghabiskan masa di bilik je dengan melayan "facebook,Blog dan twitter". sakit kepala berdenyut-denyut maybe tidur lambat kot. Haihh biasalahh migraine.


                                                          
                                                            Sedang belajar eceehhhh

Dan hari ni aku rasa happy sebab dapat belajar sesuatu yang baru. Let's guess what ? :) Hari ni buat kali pertamanya aku belajar main gitar dengan fokusnya ! :) Dengan sahabatku Fitri Abu Kassim, Shai, dan Dayah. Thanks guys. Diorang ajar aku main gitar dengan bersungguh-sungguh. Thank you , sangat menghargainya beb. Fitri kau dah terer main gitar suara kau pun sedap, so ajar-ajar la aku yang tak tahu apa-apa ni kan. shai, kau lagiii lah terer habis ! Semua lagu kau boleh bawak dengan baik. Btw, best dapat belajar sesuatu yang baru. Dan yang bestnya aku dapat belajar dengan cepat, Alhamdulillah yeayyy ! Hahaha . Suka sukaaa ! Dayah, nyanyi habis tadi. Beb, memang best lepak dengan korang semua. Aku happy dan bersyukur ada kawan-kawan seperti korang semua.  Korang ada di masa aku perlukan dan ada di masa aku happy jugak.



                    Bila Fitri mula membuka suaranya : Wolaihhhhhh sodap suara kau ! :D




                                            kakak bersama adik-adiknya :p
   
          

Aku seorang yang sukakan muzik. Muzik membuat aku rasa happy dan sedih juga, tapi yang pasti aku sukakannya. Dah lama sebenarnya nak belajar main gitar tapi belum ada kesempatan untuk belajar. tapi sejak-sejak dua minggu lepas tiba-tiba hati tergerak nak belajar gitar. Dan abah jugak pernah offer untuk belikan gitar untuk aku, tapi aku cakap nanti dulu sebab aku nak belajar basic dulu dan bila dah tahu sikit-sikit mana yang patut baru beli. So abah pun ikut jelah. Thank you abah :) Mesti abah akan bangga nanti kalau adik dah dapat main gitar dengan baik. Insyaallah. :) Adik akan buktikannya dekat abah.





                                                 
                                                                     dok ingat kod   :D



Abah seorang yang berjiwa seni. Dia sukakan muzik juga. Dan abah pandai main "harmonika" dengan baik. Aku kagum akan kebolehannya.Tapi aku tak minat harmonika, yang menurun jejak abah adalah adik aku. Dia satu-satunya yang dapat main harmonika. Aku bangga dengannya dalam seusia kecil dah boleh main harmonika dan mengalahkan kakak dan abangnya. Hahahahaha. kembang laa kau riel ! :D Terima kasih abah atas ajaran yang di berikan kepada kami adik-beradik. Sorry, adik bukan tak suka tapi tak minat harmonika, adik minat lain. Thanks sebab always support minat kami semua dan adik menghargainya bah (:

           
         
                 Thanks korang :) hope our friendship no end forever and ever, insyaallah . 
                                      
Fitri, terima kasih pinjamkan aku gitar kau. Thanks beb! Ala kau dah terer tak yah belajar dah , aku baru nak belajar lain la kan ? Promise! aku jaga gitar kau baik-baik, jangan risau :) dah lama tak lepak dengan korang semua, yela masing-masing sebelum ni sibuk dengan komitmen masing-masing. Tapi persahabatan kita semua tetap utuh sehingga kini, Alhamdulillah. Aku happy ada kawan-kawan seperti  korang semua :) korang sentiasa support aku dan ada bila aku memerlukan especially Dayah. Enjoyed gila wey! Hampir setahun aku kenal korang tapi macam dah lama kenal je.



                                                                    singing time :)


 Okay, rasanya cukup la kot untuk di kongsi pada hari ini. Macam dah terlalu panjang la pulak kan. Over betul. huhuhu :p Transkripsi kehidupan aku di warnai dengan adanya  antara mereka-mereka ini dalam kehidupan aku. Ibu selalu pesan pada aku, hargailah zaman remaja yang ada dengan menikmatinya sebaik mungkin. Kerana ia hanya sekali dan takkan kembali lagi. Biarlah dan pedulikan apa orang nak kata tentang diri kita. Itulah prinsip aku. Kalau nak layan katana-kata orang dan omong kosong takkan dapat apa-apa pun. Yang melauinya diri sendiri. Orang hanya melihat tapi yang melaui dan merasainya aku. Setiap yang terpendam di hati aku takkan siapa mengerti. hanya aku yang mengetahuinya dan apa yang perlu aku lakukan.




                                                         

Azman zhafirin, Sorry sayang buat awak terasa hati sikit pasal tu. Saya takda maksud apa-apa. Saya hargai setiap perkara yang awak lakukan untuk saya. Saya sayangkan awak . Kadang-kadang hati kecil saya kata macam tue tapi hakikatnya tak kan. Saya percayakan awak dan saya terima awak seadanya. Saya percayakan awak dan saya mengharapkan kepercayaan awak terhadap saya juga. Banyak perkara yang saya kongsikan dengan awak,begitu jugak awak. Saya akan cuba untuk menjaga hubungan ini sebaik mungkin. Maaf atas apa yang berlaku, maaf jika buat awak tersinggung dan merasakan saya tak percayakan awak. Bukan mcm tu, kadang-kadang ada perkara yang sayaa perlu simpan sendiri saya akan simpan dan sekiranya saya rasakan itu privacy saya. Inilah diri saya dan saya harap awak memahaminya. Saya sayangkan awak dan cukuplah untuk awak tahu kenyataan itu. Saya hargai segala yang awak lakukan untuk saya dan awak antara yang terindah dalam hidup saya selain keluarga dan kawan-kawan. Thank you and sorry yar . I miss you !


Goodnight guys ! have a nice dream and sleep well. Hope you guys enjoyed it :) Thank you. Bye . Assalammualaikum.






                               

2 comments:

  1. hye.. singgah sini.. best! keep it up ye.. azie follow.. jom join contest azie..

    http://azziesamad.blogspot.com/2011/06/tiba-la-masa-yang-ditunggu-tunggu.html

    ReplyDelete
  2. thank you azie :) contest what ? okay2 ape2 inform mia kay ?

    ReplyDelete